Frequently Asked Questions

1. Bagaimanakah cara untuk membuat pembelian motor secara online?
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah daftar (sign-up) di website kami. Anda boleh terus membeli motor yang anda kehendaki dengan melakukan pencarian di search box atau terus ke https://www.chinhin.com/shop/.

Anda dapat melihat perbezaan antara pembelian secara tunai atau loan kedai melalui ayat ‘cash‘ dan ‘hire purchase‘. Klik cara pembelian yang anda inginkan.

2. Bagaimana cara pembelian motor melalui tunai (cash) di website?
Anda cuma perlu klik model motor yang anda mahukan. Pastikan anda melihat terdapat tanda ‘cash‘ pada page tersebut.

Pilih warna (colour), cara pembayaran (payment) dan (type of insurance). Masukkan bilangan unit yang anda mahukan.

Klik butang Buy/Pay Now. Anda akan dibawa ke page seterusnya untuk anda isi maklumat pembeli. Setelah anda isi semua maklumat yang dikehendaki, pastikan anda tandakan (tick) pada butang ‘I have read and agree to the website terms and conditions * ‘ . Klik ‘Place Order‘.

Setelah itu, anda akan terus ke pembayaran FPX. Masukkan maklumat perbankan ada. Jika pembelian anda berjaya, anda akan menerima receipt yang menunjukkan Order Number anda.

Wakil jualan kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam untuk mengesahkan pembelian anda.

3. Bagaimana cara pembelian motor melalui  pinjaman kedai (loan kedai / shop loan) di website?
Klik model motor yang mempunyai tag hire purchase.

Klik ‘Apply Loan’ dan isi butir peribadi anda. 

Wakil jualan kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam untuk melengkapkan proses pinjaman anda.

4. Apakah cara pembayaran yang diterima di CHJ Motors?
Anda boleh membayar secara:

  • FPX
  • Manual online banking
  • Jompay
  • ATM
  • CDM
  • Online banking
  • Kad kredit & kad debit (di cawangan sahaja)

5. Berapakah caj pengeposan motor?
Caj pengeposan bergantung kepada cara pembelian anda. 

Jika anda membeli motosikal secara pinjaman kedai, pengeposan motor percuma ke Semenanjung Malaysia.

Namun, jika anda membeli secara tunai, harga pengeposan motor bergantung kepada alamat penghantaran.

Cara untuk semak harga penghantaran motor: Klik motor yang anda inginkan. Pastikan anda klik motor berdasarkan cara pembelian samada secara Cash atau Hire Purchase. Selepas itu, klik butang Calculate Shipping. Masukkan negeri, poskod dan pilih Standard Delivery. Akhir sekali, klik Calculate. Anda dapat lihat kos penghantaran motor ke poskod tersebut.

6. Saya sudah menerima pesanan saya, tapi ada barang yang tidak cukup dan motor tidak berada dalam keadaan baik. Apa yang perlu saya lakukan?
Kami memohon maaf jika berlaku perkara sedimikian. Anda boleh terus WhatsApp kami di talian khidmat pelanggan.

6. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk melakukan pengeposan motor?
Pengeposan motor mengambil masa selama 2 minggu dari tarikh anda menempah motor, hanya jika kami mempunyai stok motor tersebut. Tempoh 2 minggu tersebut merupakan tempoh persediaan untuk menyediakan dokumen dan pengeposan.

Anda dijangka menerima motor dalam masa 1 -2 minggu dari tarikh pengeposan. Untuk pengetahuan anda, pengeposan dibuat menggunakan kurier KTMD (semenanjung) dan KK Parcel (Langkawi).

7. Adakah harga aksesori di website sama dengan harga aksesori di cawangan kami?
Untuk pengetahuan anda, harga mungkin berbeza disebabkan kami mengadakan promosi di website CHJ Motors.  Promosi ini dikenali sebagai online exclusive promotion dimana harga yang ditawarkan mungkin lebih rendah jika dibeli melalui website kami.

  1. Bolehkan saya batalkan pesanan saya?
    Ya, anda boleh membatalkan pesanan anda setelah dipersetujui oleh wakil jualan.

  2. Adakah saya akan menerima bayaran balik (refund) setelah bayaran dibuat; jika saya batalkan pesanan saya?
    Ya, anda akan menerima 100% bayaran balik (refund) dari pihak kami

  3. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk proses bayaran balik (refund)?
    Jika anda membuat pembayaran secara online, proses bayaran balik (refund) akan mengambil masa 2 minggu – 4 minggu dari tarikh permohonan refund anda dihantar kepada pihak HQ.

  4.  Mengapakah proses bayaran balik (refund) memakan masa yang sangat lama?
    Proses memakan masa selama 2 minggu – 4 minggu disebabkan proses refund melibatkan beberapa pihak. Antara pihak yang terlibat adalah pembeli, wakil jualan, bank dan eksekutif kewangan. Setiap proses memerlukan prosedur mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan berlaku sebarang permasalahan pada masa akan datang.

1. Di manakah cawangan CHJ Motors berdekatan?
Kami mempunyai 35 cawangan CHJ Motors di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Anda boleh semak senarai cawangan kedai motor terdekat di https://www.chinhin.com/branches/

2. Adakah semua model motor ada dipamerkan di cawangan?
Semua motor yang dipamerkan berbeza di setiap cawangan.
Anda boleh terus hubungi cawangan yang dikehendaki untuk pertanyaan lanjut berkenaan stok motor yang ada di cawangan tersebut.

3. Adakah saya dapat mengumpul mata ganjaran CMart (CMart point), jika saya membuat pembelian di CHJ Motors?
Ya, anda dapat mengumpul mata ganjaran jika anda mempunyai kad CMart setiap kali anda membuat pembelian motor, membayar bayaran bulanan, membeli aksesori dan servis motosikal di Pusat Servis CHJ Motors.

4. Dimanakah saya boleh menggunakan mata ganjaran CMart?
Anda hanya boleh menggunakan mata ganjaran CMart di pasaraya CMart yang berdekatan.
Rujuk cawangan pasaraya CMart yang berdekatan di https://cmart.com.my/about-c-mart-malaysia/

1. Bila saya akan dapat motor saya?
Tempoh untuk anda terima motosikal berbeza bergantung kepada model yang anda inginkan. Jika status motosikal adalah ready stock di cawangan yang dikehendaki, proses mengambil masa 2-4 hari masa bekerja.

Namun, jika model yang dikehendaki tidak mempunyai ready stock, proses mengambil motosikal boleh mengambil masa sehingga 4 bulan dan keatas. Hal ini disebabkan kilang motor tidak dapat mengeluarkan motor dalam kuantiti yang banyak disebabkan kekurangan alat ganti.

Kami menyarankan agar pelanggan menukar model motor yang dikehendaki jika tidak dapat menunggu lama.

2. Bolehkah saya beli motosikal secara online dan ingin ambil sendiri di kedai?
Tentu sekali! Anda boleh memilih cawangan yang dikehendaki atau terus maklumkan kepada wakil jualan kami.

1. Kenapa saya perlu bayar RM50 semasa memohon pinjaman kedai?
Untuk pengetahuan semua, RM50 digunakan untuk proses permohonan pinjaman kedai di CHJ Motors. Jika pinjaman anda lulus, RM50 tersebut akan terus terus diserap menjadi bayaran muka. Namun, jika pinjaman anda tidak lulus, kami akan memulangkan semula 100% wang anda.

2. Kenapa saya perlu tangkap gambar bersama IC?
Untuk pengetahuan anda, kami perlu berbuat demikian untuk memastikan wajah pemilik sama dengan IC yang hendak didaftarkan. Namun, jika anda berhasrat untuk memberi motosikal kepada orang lain, anda perlu beritahu kepada wakil jualan supaya kami dapat meneruskan prosedur yang seterusnya.

3. Bila saya akan dapat motor saya?
Tempoh untuk anda terima motosikal berbeza bergantung kepada model yang anda inginkan. Jika status motosikal adalah ready stock di cawangan yang dikehendaki, proses mengambil masa 2-4 hari masa bekerja.

Namun, jika model yang dikehendaki tidak mempunyai ready stock, proses mengambil motosikal boleh mengambil masa sehingga 4 bulan dan keatas. Hal ini disebabkan kilang motor tidak dapat mengeluarkan motor dalam kuantiti yang banyak disebabkan kekurangan alat ganti.

Kami menyarankan agar pelanggan menukar model motor yang dikehendaki jika tidak dapat menunggu lama.

4. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk melakukan pengeposan motor?
Pengeposan motor mengambil masa selama 2 minggu dari tarikh anda menempah motor, hanya jika kami mempunyai stok motor tersebut. Tempoh 2 minggu tersebut merupakan tempoh persediaan untuk menyediakan dokumen dan pengeposan.

Anda dijangka menerima motor dalam masa 1 -2 minggu dari tarikh pengeposan. Untuk pengetahuan anda, pengeposan dibuat menggunakan kurier KTMD (semenanjung) dan KK Parcel (Langkawi).

5. Adakah saya boleh booking / tempah nombor plat motor?
Ya, semestinya. Anda akan dikenakan sejumlah wang bagi menempah nombor plat motor yang dikehendaki. Namun, kami menggalakkan anda untuk menguruskan sendiri urusan tempahan nombor plat agar memudahkan kedua-dua belah pihak.

6. Adakah saya boleh memilih nombor plat dari negeri lain?
Ya, anda boleh memilih nombor plat dari negeri lain. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus WhatsApp wakil jualan kami untuk sebarang pertanyaan.

7. Kenapa saya hanya menerima 1 unit kunci dari pihak CHJ Motors?
Anda hanya akan mendapat 1 unit kunci dari CHJ Motors jika membuat pembelian secara pinjaman kedai. Hal ini disebabkan motor tersebut belum menjadi sepenuhnya milik anda. Jika anda telah menghabiskan pembayaran pinjaman motor, pihak HQ akan memberikan 1 lagi kunci berserta geran original.

Jika anda membuat pembelian secara tunai, anda akan menerima 2 unit kunci berserta geran original dari CHJ Motors.

8. Bagaimanakah proses cashback / pulangan tunai diberikan kepada pelanggan?
Sekarang sedang berlangsung promosi cashback bagi pembelian secara pinjaman kedai. Pelanggan akan dapat semula sejumlah pulangan tunai bergantung kepada model motosikal yang dibeli.

Terdapat 2 cara bagi menebus cashback / pulangan tunai di CHJ Motors:
1. Pulangan tunai akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank
2. Pulangan tunai akan ditukar menjadi bayaran bulanan untuk bayaran terakhir

Pelanggan berhak memilih antara dua pilihan yang diberikan. Jika pelanggan memilih pilihan nombor 1, pulangan tunai akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan dalam masa 3-4 minggu dari tarikh keluar motor.

9. Saya telah buat pembayaran melalui FPX. Emel yang diterima menunjukkan status unsuccessful. Tetapi wang tetap ditolak dari bank saya? Apa yang patut saya lakukan?
Anda diminta untuk screenshot emel yang diterima dan bukti bahawa wang telah ditolak dari bank anda; dan WhatsApp kepada talian khidmat pelanggan CHJ Motors.

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.