Motor Murah

Motor Mampu Milik Pilihan Rakyat Malaysia

Bila bercakap pasal motor mampu milik atau lebih santai sebagai motor murah, mesti ramai dah garu kepala. Motor apa yang betul-betul bagus setanding dengan harga. Bak kata pepatah, alah membeli tapi menang memakai. Tapi andaikata kita memang ada pilihan untuk pilih motor murah, motor apa yang boleh kita beli sebenarnya?

Jadi disini, admin akan mudahkan semua dengan menyenaraikan motor mampu milik a.k.a motor murah pilihan rakyat Malaysia. Kadar murah bagi admin adalah sekitar RM5,000 kebawah bagi harga tunai atau cash.

1. Kriss 110

Modenas KrissKalau bab harga, memang berbaloi beli Modenas Kriss 110 yang sangat sesuai dengan semua peringkat umur. Yang penting memang boleh save budget.  Boleh dapat harga RM3,500 kebawah untuk first-party insurance.

 

2. Kriss 110 Disc Brake

Kriss 110 Disc Brake

Untuk model Kriss 110 Disc Brake , model ni merupakan keluaran terbaru dari Modenas. Khabarnya, ramai betul berkenan dengan model ni. Hal ini disebabkan oleh harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal (murah) untuk motor yang dilengkapi daya penarik yang tersendiri. Bajet untuk memiliki Modenas Kriss 110 Disc Brake adalah dengan anggaran RM3,400 – RM3,800.

 

3. Honda Wave Alpha

Honda Wave Alpha

Bagi penggemar motor berjenama Honda, admin sarankan untuk pilih motor Honda Wave Alpha kalau betul nak berjimat. Bermula harga RM3,700 sehingga RM4,000 dah boleh beli Honda Wave Alpha spoke. Harga yang sangat murah dan berbaloi untuk motor murah berjenama Honda.

 

5. Modenas CT115S

Modenas CT115S

Bagi peminat motor tempatan mesti tahu yang model Modenas CT115S ni pernah hit satu masa dulu. Dan masih kekal relevan sehingga kini. Dengan kos baikpulih yang rendah, sangat ekonomi untuk yang mencari motor murah dan berkualiti. Harga Modenas CT115S bermula dari RM3,600 sehingga RM4,000.

 

6. Yamaha Lagenda 115E

Yamaha Lagenda

Bagi penggemar motor berjenama Yamaha, anda boleh beli motor model Yamaha Lagenda ni. Antara motor murah berjenama Yamaha dengan harga sekitar RM4,700 hingga RM5,300.

 

7. Yamaha Ego Solariz

Yamaha Ego Solariz Blue

Admin turut senaraikan model skuter Yamaha iaitu Ego Solariz. Mungkin ada yang cari skuter dengan harga mampu milik. Jadi, Yamaha Ego Solariz adalah pilihan yang sangat sesuai. Harga bagi model ni bermula dari RM5,200 sehingga RM5,600.

 

8. Honda BeATHonda Beat

Selain dari Yamaha Ego Solariz, Honda turut menawarkan skuter yang mampu milik iaitu Honda BeAT. Dengan reka bentuk yang kecil dan grafik menarik pastinya dapat menarik minat terutamanya dari golongan muda. Permulaan harga bagi Honda BeAT adalah sekitar RM4,900 hingga RM5,200.

Diharapkan agar artikel ni membantu untuk yang nak cari motor murah.

Di CHJ Motors, kami menawarkan pinjaman kedai tanpa slip gaji dan tanpa penjamin. Di samping itu, antara promosi yang masih berlangsung adalah promosi pulangan tunai sehingga RM600 dan percuma kupon servis bernilai RM150. Untuk yang tinggal jauh pun boleh beli di CHJ Motors. Kami turut melakukan pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia.

 

-FS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.