KTM Roadshow @ CHJ Motors Arau

KTM Roadshow @ CHJ Motors Arau

Berita baik untuk semua peminat motosikal berjenama KTM di Utara!

CHJ Motors akan mengadakan KTM Roadshow bersempena Soft Launching Adventure 250 pada 20 dan 21 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad). Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang turut diadakan pada hari berkenaan. 

Tempat: CHJ Motors @ Simpang Tiga Jalan Arau-Pauh
Tarikh: 20 dan 21 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad)
Alamat: Simpang Tiga, Jalan Arau-Pauh, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
Nombor Telefon: 04-986 9876
Lokasi: http://bit.ly/2QewTJ9

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan pada KTM Roadshow pada kali ini ialah:

  • Pandu Uji KTM
  • Servis Motor Percuma
  • Promosi Beli 1 Percuma 1
  • Diagnosis RM1
  • Promosi PWP

Disini admin akan terangkan serba sedikit berkenaan aktiviti yang baru sahaja admin sebutkan diatas. Untuk pandu uji KTM, admin bawakan khas ekslusif untuk acara kali ni. Kami bawakan KTM Adventure 250 yang baru ja dilancarkan tahun ni dan KTM Duke 250 versi 2021. Masa ni la waktu yang tepat untuk nak test power model baru KTM.

ELF Oil Buy 1 Free 1

Selain tu, servis motor percuma juga kami bawakan untuk pengunjung yang datang. Promosi Beli 1 Percuma 1 juga kami adakan untuk Engine Oil berjenama ELF. Sangat berbaloi! Dengan hanya RM44.50, anda akan dapat 2 botol Engine Oil

Diagnose KTM RM1

Untuk pengguna KTM pula, kami adakan diagnosis RM1. Cuma RM1 ja tau! Kalau hari biasa, nak cek motor pun kena bayar. Promosi ni terbuka untuk semua motor berjenama KTM, tak kira walaupun anda beli dari tempat lain. Hanya promosi untuk 2 hari ini di CHJ Motors cawangan Arau.

Selain itu, terdapat juga promo PWP (Purchase With Purchase). Sebagai contoh, anda dah servis motor. Maka anda layak untuk beli barangan yang terpilih dengan harga promosi. Admin pasti, barangan yang ditawarkan sangat mampu milik dan berguna untuk setiap pengguna motosikal.

Akhir kata, admin sarankan sangat-sangat untuk anda datamg ke KTM Roadshow di CHJ Motors Arau. Sebab anda layak untuk dapat pelbagai hadiah pada event kami pada kali ini.

SOP KTM Roadshow

Mungkin ada yang risau jika ada sebarang penularan Covid19 di acara ni. Bagi pihak CHJ Motors, kami telah mengambil langkah pencegahan dan turut melaksanakan SOP yang ketat bagi mengekang sebarang penularan yang tidak diingini. Antara SOP yang akan dilaksanakan pada acara kali ini:

  • Hanya 50 pengunjung yang dibenarkan berada di tapak acara pada satu masa
  • Hanya 5 orang pelanggan dibenarkan berada di dalam khemah pada satu-satu masa
  • Mengamalkan penjarakan sosial
  • Mewajibkan penggunaan pelitup muka
  • Memeriksa suhu badan sebelum dapat masuk ke tapak acara
  • Meletakkan hand sanitiser bagi kemudahan pelanggan

Justeru, kami mengharapkan kerjasama dari semua pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya sebarang jangkitan semasa acara dijalankan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, WhatsApp staff kami untuk dapatkan sebarang bantuan di SINI (sila klik).

Jumpa disana!

XOXO
-FS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.