Honda CBR250RR

Honda CBR250RR Kini di CHJ Motors

Mungkin ada yang masih belum tahu, model Honda CBR250RR telah dilancarkan 4 tahun lalu di Indonesia. Cuma kali ini, Honda CBR250RR juga sudah memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun 2020. 

Seperti yang digembar-gemburkan, Honda CBR250RR merupakan jentera yang paling berkuasa dalam kelas supersport 250cc. Model ini dilengkapi dengan enjin 250cc, twin-cylinder DOHC lapan injap dan 11,000 rpm.

Honda CBR250RR ini juga mempunyai ciri standard seperti:

  • Quick shifter yang disertakan fungsi assist/slipper clutch bagi menjadikan kawalan klac lebih ringan
  • 3 mod tunggangan (comfort, sport dan sport+)
  • Throttle by wire
  • Brek ABS dua saluran
  • Lampu utama berkembar dua lapisan
  • Paparan speedometer digital penuh

Disamping itu, model ini juga mempunyai sistem suspensi fork teleskopik hadapan jenis terbalik, penyerap hentak tunggal dengan 5 tetapan boleh laras dan Pro-Link System. Model ini juga mempunyai berat dengan anggaran 168kg dan ketinggian 790mm.

Didatangkan dengan 2 warna pilihan, Winning Red dan Matte Gunpower Black Metallic; pastinya dapat menarik hati penggemar superbike untuk memiliki Honda CBR250RR.

Anda boleh miliki Honda CBR250RR di CHJ Motors. Kami merupakan pengedar motosikal terbesar di Utara Malaysia. Disamping itu, kami juga turut menjual motor secara online di website kami, juga turut menawakan pinjaman kedai kepada para pembeli. Anda tidak perlu risau, kami melakukan pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. Anda boleh terus WhatsApp wakil jualan kami jika anda mempunyai sebarang persoalan mahupun bantuan di https://www.chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/

Pembelian motor jadi lebih mudah di CHJ Motors.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.