Header-Cara-Buat-Tuntutan-Jika-Langgar-Jalan-Berlubang

Cara Buat Tuntutan Jika Langgar Jalan Berlubang

Baru-baru ini, tular kes berkenaan Khairy Jamaluddin ahli parlimen Rembau yang jatuh basikal disebabkan jalan berlubang. Hal ini membuatkan admin terbuka mata untuk berkongsi hari ini.

Tahukah anda, anda boleh buat tuntutan jika terlanggar jalan berlubang yang menyebabkan kerosakan pada kenderaan anda? Admin pasti, mesti ramai yang masih belum tahu.

Sebenarnya, anda boleh membuat tuntutan jika kenderaan anda rosak disebabkan kondisi jalan yang tidak elok. Dan anda jangan risau, NCD anda selamat dan tidak akan terjejas disebabkan tuntutan ini.

Tututan ini perlulah dilakukan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan. Disini admin kongsi cara untuk membuat tuntutan:

  1. Snap gambar kenderaan anda dan jalan yang berlubang sebagai bukti.
  2. Buat laporan polis. Di dalam laporan; nyatakan nama jalan, kilometer berapa, tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku.
  3. Semak dengan pihak polis sama ada jalan tersebut dibawah bidang kuasa PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang terlibat. Dapatkan nama PBT yang terlibat dan terus ke pejabat khidmat pelanggan PBT tersebut. Jika kes berlaku di lebuhraya, anda perlu rujuk pada pejabat syarikat konsesi tol.
  4. Anda akan diminta untuk mengisi borang tuntutan dan memberikan laporan polis serta gambar kejadian.

Untuk pengetahuan anda, wang tuntutan anda tidak akan dapat serta-merta. Pihak insurans akan menghantar penyiasatnya ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. Selepas siasatan dilakukan, pihak insurans akan memberikan pendapatnya berkenaan tawaran pampasan ganti rugi yang wajar diberikan.

Admin harap, dengan penjelasan diatas maka makin ramai yang tahu dan tidak ambil mudah jika berlaku kejadian yang tidak diingini. 

-FS

 

Infografik Jika Terlanggar Jalan Berlubang

CHJ Motors merupakan pengedar motosikal terbesar di Utara Malaysia dengan 35 cawangan sekitar negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Kami turut menawarkan motor loan kedai tanpa slip gaji dan tanpa penjamin. Penghantaran motor disediakan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.