Yamaha NVX V2 2021

2021 Yamaha NVX V2 Y-Connect Malaysia

Akhirnya Yamaha NVX V2 masuk Malaysia! Model ni pertama kali diperkenalkan di Indonesia pada tahum lalu.  Dan hari ini, Yamaha NVX V2 2021 telah masuk pasaran Malaysia dalam dua versi iaitu Standard dan ABS.

Untuk pengetahuan semua, model NVX V2 mempunyai reka bentuk baru sepenuhnya serta kedua-dua lampu hadapan dan belakang  menggunakan sistem LED. Untuk yang belum tahu, hanya 2 warna yang ditawarkan bagi setiap versi. Untuk versi Standard, model ini didatangkan dengan warna merah dan cyan. Manakala bagi versi ABS pula disediakan dalam warna biru dan perak.

Selain itu, kuasa model baru ini bertambah menjadi 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9Nm tork pada 6,500 rpm. Namun, NVX V2 ini masih menggunakan unit enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api 155CC dengan sistem VVA seperti sebelum ini.

Yamaha NVX V2 Y-Connect
Yamaha NVX V2 Y-Connect Red
Yamaha NVX V2 Y-Connect
Yamaha NVX V2 Y-Connect

Antara peningkatan yang dilakukan untuk model NVX V2 adalah seperti tangki bahan api yang mana sekarang kapasitinya menjadi 5.5 liter (sebelum ini 4.6 liter) serta panel instrumen digital LCD baru yang boleh disambungkan dengan sistem Y-Connect. Yang menariknya, NVX V2 2021 merupakan model pertama keluaran Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) yang dilengkapi dengan sistem Y-Connect.

Kedua-dua versi NVX V2 2021 dilengkapi dengan sistem ini yang membolehkan motosikal disambung dengan aplikasi di dalam telefon bimbit.

Antara fungsi yang ditawarkan untuk aplikasi Y-Connect:
1) Mengetahui tahap minyak enjin dan bateri
2) Mengetahui tahap penggunaan bahan api
3) Peringatan waktu servis 
4) Memberitahu lokasi terakhir motosikal
5) Menunjukkan notifikasi panggilan dan mesej yang boleh terpapar pada skrin LCD.

Disamping itu, ciri-ciri lain yang terdapat pada model baru ini adalah soket pengecas USB, transmisi automatik V, brek hadapan jenis cakera, brek belakang jenis dram, rim 14 inci depan dan belakang dengan tayar 110/80 dan 140/70, fork teleskopik dan penyerap hentak di belakang.

Jika dibandingkan kedua-dua versi yang ditawarkan, versi ABS mempunyai kelebihan brek ABS one-channel di hadapan, sistem start/stop, suspensi belakang dengan subtank serta sistem kunci pintar. Setiap pembelian NVX V2 2021 diberi jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000 km serta kunci cakera brek bernilai RM100 secara percuma.

Anda boleh miliki Yamaha NVX V2 2021 di CHJ Motors. Kami merupakan pengedar motosikal terbesar di Utara Malaysia. Di samping itu, kami juga turut menjual motor secara online di website. Pinjaman kedai turut ditawarkan kepada para pembeli. Anda tidak perlu risau, kami melakukan pengeposan motor ke Semenanjung Malaysia. WhatsApp wakil jualan kami jika anda mempunyai sebarang persoalan mahupun bantuan di https://www.chinhin.com/wakil-jualan-terdekat/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.